Salah satu tempat yang agak ‘rare’ bagi team Taiping Zone ialah Sentosa Villa Taiping. Antara yang menyebabkan tempat ini rare ialah banyak orang Taiping sendiri yang masih belum sedar kehadiran villa ini sehinggalah team Taiping Zone membuat liputan sedikit sebanyak berkenaan villa ini pada penghujung tahun 2013.

Di bawah ialah posting yang kami buat di page facebook Taiping Zone yang mempunyai puluhan ribu likers dari Taiping.

 

Ya.. Ramai yang terkejut apabila mereka tidak tahu kewujudan villa seindah ini dan tertanya-tanya lokasinya sedangkan setiap hari mereka lalu berdekatan kawasan ini.

Sebabnya, villa ini terletak jauh ke dalam Taman Sentosa. Berhampiran Burmese Pool. Cuma bezanya Burmese ambil selekoh kanan, Sentosa Villa ambil selekoh kiri.
.
.

Dari gambar yang kami post di Facebook namapak macam cantikkan kan Villa ni?

Persoalannya berbaloikah anda yang tinggal di Taiping atau luar Taiping datang kesini untuk meninjau?

Berdasarkan respon likers di page, kebanyakan memuji kesedapan makanan western di kafeteria Sentosa Villa. Bab ni admin juga setuju sebab dah pernah cuba mereka punya chicken chop madu. Memang sempoi habis.

Up pic sikit.. Jangan jeles ye..

chicken chop sentosa villa

Ini lah dia chicken chop honey sauce di Sentosa Villa.. Sedap habaq hang. Kalau nak berbuka puasa gaya elegan boleh ke sini. Rasa madu dia menyerap sampai ke isi ayam tu.. Nyum nyum nyum.

Dan secara personal, kami rasa persekitaran Sentosa Villa sangat bagus. Rasa macam masuk ke satu alam lain yang menenangkan.

Maklumlah bandar Taiping kan dah makin sibuk. Tambah-tambah sekarang ni dah ada Taiping Mall dan Aeon Jusco. Serabut kepala banyak sangat shopping mall ni. Jalan pun jem.

Jadi dengan adanya Sentosa Villa ni, ada jugak lah port tambahan untuk bawa famili relaks-relaks selain dari Taman Tasik dan juga Burmese Pool. Ye dak?

APA KATA ANDA?