Apa khabar geng Taiping Zone? Kalau anda memang asal dari sini, den yakin anda mesti tahu akan Pasar Malam Cina kan?

Antara warung makan yang sedap disini ialah Koteow Doli dan kedai nasi ayam sebelah dia. Tapi sayang, semenjak Pasar Malam Cina ditutup den dah terlupa terus tentang nasi ayam sebelah doli tu..

Hinggalah baru-baru ni, baru tahu bahawa warung nasi ayam tu rupa-rupanya ialah asal usul Restoran Selera Malam yang cukup gah namanya di Taiping.

Patut la waktu pekena nasi goreng ayam kat Selera Malam Terminal, rasa dia memang sebijik macam yang admin pernah rasa dulu-dulu.

nasi goreng ayam

Sekarang ni Selera malam ada 3 branch di Taiping:

1. Selera Malam Terminal (berhampiran petronas kamunting)
2. Selera Malam sebelah pejabat pos taiping.
3. Selera Malam dihapan kem askar kamunting.

Kalau anda dah follow page Taiping Zone agak lama, konpem-konpem tahu team TZ ada buat food review. Dan Alhamdulillah rezeki kami dijemput untuk makan dan review restoran Selera Malam Terminal.

Kami mai 4 orang ja.. Tapi tudia depa hidang segala macam. Nasib baik ada 2 admin kat sini yang kaki melantak.

selera_malam_menu

Antara makanan yang dihidangkan ialah:

Aiskrim Goreng – Kalau ada kat Taiping ni yang tak pernah rasa aiskrim goreng, admin rekemen anda bawa keluarga atau kawan-kawan ke Selera Malam. Ada aiskrim kat sini. Harga murah-murah ja.. cuma RM2.80. Tapi kena makan cepat-cepat pasal risau aiskrim tu cair. Gabungan rasa panas-panas roti dan sejuk-sejuk aiskrim akan memberi satu feel yang baru.

aiskrim goreng

Nasi Arab Mandy (daging kambing) – Sembang dengan En.Faizal, owner Selera Malam Terminal waktu sesi food review. Baru tau kenapa ramai yang prefer Nasi Arab Selera Malam terutamanya mandy kambing. Rupanya daging kambing yang digunakan Selera Malam memang fresh dari market. Bukannya frozen punya. Patut la senang nak makan.. tak liat. Carik guna tangan pun senang ja terurai. Yang belum pernah merasa mandy kambing yang senang nak hadam, boleh pakat mai.

nasi arab mandy kambing

Nasi goreng Chicken Chop – Okay.. Ini memang rare. Kalau kat Taiping ni, rasanya Selera Malam ialah kedai makan pertama yang ada menu ni. Chicken chop ni menu western… jadi tak ada nasi. Ada sesetengah perut melayu tak boleh makan kalau tak ada nasi. Jadi inilah inovasi untuk buat makanan western lebih sesuai dengan perut masyarakat Timur.

nasi goreng chicken chop

 

Sesi bersembang bersama owner Selera Malam Terminal

Presenting.. En.Faizal, owner kepada Selera Malam Terminal berhampiran Petronas Kamunting. Baru 27 tahun.. tapi nak gitau awal2 kepada gadis2 Taiping.. dah kawin dah pun Melepas kome.

en faizal - selera malam

Sebelum ni den ada cerita pasal Nasi Ayam sebelah Doli kat Pasar Malam Cina kan? Untuk pengetahuan, Selera Malam pada masa tu diuruskan oleh ayah En. Faizal. Waktu tu En.Faizal pun dah start berguru dengan ayah dia skil2 memasak.

Dikala den taktau masak apa2.. En.Faizal dah boleh masak nasi ayam dan serba serbi masakan. Memang tabik spring la jumpa laki cenggini.

Dan dikala den dah pandai masak megi.. En. Faizal dah tahap gaban dah. Nasi Arab, Nasi Goreng Ayam n Ciken Cop pa bagai ni.. dia kut antara head chef kat Selera Malam. Jeles beb.

Memang den tabik spring ngan owner camni. Nak maintain kualiti punya pasai, bisnes dia yang manage, masak pun dia yang masak. Letih woo.. Kalau masuk Masterchef, Insya-Allah ada peluang menang.

Den tanya En.Faizal, “Awat bro tak wat sistem Franchise ja.. macam yang banyak kedai makan dok wat?”. Ada franchise, senang sket nak maju kan?

Menurut En.Faizal, sistem franchise nampak senang. Tapi cabaran dia dalam maintainkan rasa dan kualiti setiap franchise. Nak train chef yang boleh follow kualiti Selera Malam bukan senang.

Sebab tu Selera Malam tak gelojoh untuk kembangkan sayap ke luar Taiping.

Biar cawangan sikit, tapi kualiti maintain.

Berita buruknya.. yang dok luar Taiping tu kena la wat jalan jalan cari makan sket kalau nak merasa menu2 kat Selera Malam ni.. Huhu.

PS: Bubur arab Selera Malam Terminal pun boleh tahan gak Sedap dan menyihatkan. Sampai sesetengah hospital pun ambek direk dari sini.

Waktu Operasi: Buka pukul 2.30 ptg – 1.00 pagi. Yang belum pernah merasa aiskrim goreng, nasi goreng chicken chop, atau mandy kambing yang senang nak hadam, boleh pakat mai.