Cawangan ke-33 TAT Nasi Ayam kini telah berada di Larut Matang dan Selama. Kalau dah sampai 33 buah restoran tu, mestilah resipi dan rempahnya sedap kan?

Walaupun resipi yang sama, TAT Nasi Ayam Cawangan Kamunting memilih untuk menyediakan harga minuman yang murah. Malah jauh lebih murah berbanding harga minuman di restoran sekitar Taiping sendiri.

Kalau perati pelekat dekat signboard tu, bukan sebab nak naikkan harga ya.
Tapi nak kurangkan harga. Sekarang ni mana dapat jus carrot susu harga RM1.90.

Kalau nak tahu sedap atau tak boleh datang ke restoran ini dan cuba sendiri. Setakat ni daripada respons yang diterima di fanpage Taiping Zone, kami boleh buat kesimpulan bahawa nasi ayam ini sesuatu yang harus anda cuba.

Lokasi terletak berdekatan dengan  Kolej Komuniti Kamunting dan RHB Bank Kamunting.

Sekali cuba konpem nak lagi.

tat-nasi-ayam