HUJAN LEBAT, POKOK TUMBANG LAGI

Baru sebentar tadi hujan lebat dan angin kuat melanda Taiping sekali lagi. Dan dah jadi macam fenomena biasa semenjak dua menjak ni, bila berlaku hujan lebat dan angin kuat ada pokok akan tumbang menyembah bumi dan segala-mala bawah tu.

Yang terkini tadi melibatkan sebatang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta yang diletakkan di parkir Kaki Bukit Larut. Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Kot ada lagi pokok-pokok yang tumbang atau benda-benda lain yang melayang, hampa mai habaq kat kami untuk dikongsikan.

– WARMarx

 

Image may contain: one or more people, tree, car, plant, outdoor and nature
Image may contain: plant, tree, car and outdoor
Image may contain: plant and outdoor