Perpustakaan Awam Taiping

Apa kenangan anda disini?

Bangunan kerajaan ini pernah menjadi premis Charted Bank of India, Australia dan china yang kemudianya dikenali sebagai Standed Charted Bank yang telah membuka agensinya di Bandar Taiping dalam tahun 1888.

Pada Januari 1967, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Ia telah disewakan kepada Charted Bank dengan peruntukan permulaan sebanyak RM40,000.00, pihak majlis Bandaran Taiping telah menjadikan bangunan ini sebagai Perpustakaan Peringatan Merdeka.

Ia telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak pada ketika itu, yang bernama Almarhum Sultan Almutawakkil Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Kaddamsallah pada 5 November 1966.

Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengambil alih pentadbiran perpustakaan pada 1986 dan dituka namanya kepada Perpustakaan Awam Taiping.

Pada tahun 1990, bangunan tambahan telah dibuat dan siap dibina dan dibuka setahun selepas itu. Ia merupakan salah sebuah perpustakaan cawangan terbesar di negeri Perak.

No.264, Jalan Kota
34000 Taiping Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-8088014

Fax : 05-8088015

web: http://www.ppanpk.gov.my

email: pa_taiping@ppanpk.gov.my

 

 

Waktu Perkhidmatan:
Selasa – Sabtu (9.30am-5.00pm)
Ahad (9.00am-1.00pm)
Tutup pada semua hari Isnin dan cuti awam.

Want new articles before they get published?
Subscribe to our Awesome Newsletter.