LOK CHING TU APA? TAK PERNAH DENGAR PUN

Memang la tak pernah dengar, bukan semua negeri di Malaysia ni ada jual Lok Ching.

Lok Ching ni hampir sama dengan Yong Tau Fuu, bezanya Lok Ching tak pakai kuah kacang, Lok Ching pakai kuah macam kuah sate ikan dan hanya ada jual di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Melaka.

Lok Ching ni daging proses, ada macam2 perisa, Ayam pulut, ayam berlada, ikan, sotong, keladi macam2 lah. Kalau Young Tau Fuu direbus, Lok Ching dimasak dengan macam2 cara, bergantung kepada peniaga. Ada yang bakar, goreng dan rebus, lain cara masak lain rasanya.

Kalau nk tau rasa dia lagu mana, mai la ke Kuala Perlis, cari kedai dekat hujung2 meja ada lapik plastik belang purple putih hitam, kat pakcik ni murah

-Stirfry-