Kenapa nama dia macam tu? Wallahualam.. Kami di Taiping Zone pun tak berapa nak tahu. Cuma yang pasti, kedai makan ni walaupun murah memang terlebih berbaloi. Murah tapi sedap.

Kerana kedai ni berniaga di dalam perusahaan Cina, ramai yang keliru dengan status makanan disini. Untuk pengetahuan anda, tuan punya kedai hanya menyediakan minuman sahaja. Dan makanan seratus peratus disediakan oleh orang Islam.

Jadi tak perlu risau untuk masuk dan cuba. Kalau zaman dulu-dulu, nasi putih, ayam goreng, dan telur masin baru RM2.00. Mesti tak percaya kan? Waktu tu kalau dekat kedai lain memang paling murah pun RM3.00 la.

kedai makan murah