intro

Alhamdulillah, selesai sudah sesi temuramah Taiping Zone bersama Tuan Zainul Abidin. Syarikat ReachAllAsdepro yang diuruskan beliau merupakan pengeluar kepada satu produk berasaskan perladangan iaitu Galah Sambung Serbaguna.

Galah Sambung mula dikeluarkan sejak tahun 2000 lagi di sebuah bengkel di Kamunting. Jika anda atau keluarga anda mempunyai kebun atau ladang sendiri, anda sebenarnya telah rugi dari beberapa aspek jika tidak pernah dengar tentang Galah Sambung.

Seperti namanya, Galah Sambung ialah sejenis galah tetapi dengan kelebihannya yang tersendiri.

Tidak seperti galah lain yang mempunyai bentuk yang panjang dan susah dibawa, Galah Sambung Serbagunaboleh dipisahkan dan disambung mengikut ketinggian yang diperlukan serta mata alat pada hujung galah pula boleh ditukar mengikut keperluan yang ingin digunakan. Setiap sambungan galah sepanjang 5kaki dan boleh disambung hingga 45kaki, ianya juga didatangkan dengan beg untuk kemudahan penyimpanan dan mudah dibawa ke mana saja.

beg

Fungsi istimewa ini dapat memudahkan peladang untuk membawa galah dari rumah mereka ke ladang atau kebun. Jika dahulu, peladang mungkin menghadapi risiko keselamatan samada kepada diri sendiri atau kepada pengguna jalan raya kerana membawa galah yang panjang.

Tetapi dengan Galah Sambung, peladang kini boleh membawa galah serbaguna ini menggunakan kereta atau motorsikal tanpa perlu berasa bimbang akan faktor keselamatan.

galah sambung 3.jpg

Adakah Galah Sambung hanya untuk peladang?

Jika itu yang anda fikir, jawapannya salah sama sekali.

Menurut En. Zainul, galah ini turut digunakan oleh anggota Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran, TNB  serta jabatan-jabatan lain untuk tujuan selain daripada perladangan. Misalnya aktiviti-aktiviti yang memerlukan penggunaan alatan panjang ketika misi menyelamat. Sebagai contoh, pihak Bomba dan JPA menggunakan galah sambung ini untuk menghalau atau membakar sarang tebuan, lebah dan sebagainya.

Memandangkan galah ini terdiri daripada beberapa segmen yang boleh dipisah-pisahkan, ramai yang fikir galah ini sudah tentu lebih berat daripada galah biasa.Hakikatnya galah ini lebih ringan kerana diperbuat menggunakan aluminium. Bagi memastikan galah ini ringan dan tahan, syarikat tempatan ini tidak menggunakan aluminium biasa, sebaliknya memilih campuran aluminium aloi berkualiti tinggi sebagai bahan utama.

galah sambung 1

Salah satu sebab peladang gemar menggunakan Galah Sambung berbanding galah biasa adalah kerana panjang mereka yang boleh diubah. Walaupun galah serbaguna ini boleh disambung hingga mencapai panjang 45 kaki maksimum, tetapi bukan semua penggunaan memerlukan saiz sepanjang ini. Dengan galah sambung, panjang galah boleh dilaraskan mengikut penggunaan. Jadi sudah tentu kerja perladangan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Jika anda seorang peladang tetapi masih belum menggunakan Galah Sambung, anda umpama seorang jurutaip yang masih menggunakan mesin taip walaupun telah wujud komputer yang lebih memudahkan.

Mudahkan aktiviti perladangan anda dengan memiliki Galah Sambung. SMS atau hubungi :

ReachallAsdeproEnt.
No 1, Lorong Kenangan, Taman Medan Kamunting Jaya 2,
34600 Kamunting,
Perak.

En Zainul: 019-574 9954, En Rusni: 012485 8244, En Jefri: 017-515 4956, En ZuL: 019-316 7891

tempahan