Pernah dengar Fruit King? Sebenarnya saya pun tak pernah pun dengar restoran ni. Tapi sebab terjumpa beberapa gambar burger besar yang di post di fanpage Fruit King, terasa juga nak cuba burger Fruit King ni.

Ini gambar salah satu burger yang ada di Fruit King. Tinggi macam menara KL. Kalau makan sorang sah tak habis.

fruit king 1

Tapi mungkin disebabkan tersalah order ataupun mungkin menu tower burger macam dalam gambar kat atas ni tak ada di Taiping, ini burger yang kami dapat. Walaupun tak setinggi tower burger, tapi dapat burger saiz stadium pun jadi la. Kalau nak tau besar ke tak burger ni, cuba tengok saiz pinggan nasi lemak berbanding burger tersebut.

fruit king 2

Burger saiz stadium ni untuk hidangan 3 atau 4 orang ya. Kalau rasa perut tak besar mana, jangan gatal-gatal nak order burger saiz ni. Harga dalam RM27 kalau tak salah.

Bukan setakat burger sahaja yang besar, gelas air pun besar. Tapi kena order saiz yang paling besar la. Kalau letak menu yang saiz A4, hampir sama tinggi air dengan menu tersebut. Jadi boleh agak-agak sendiri saiz gelas air Fruit King ni.

fruit king 3

Cukup rasanya saya sembang pasal makanan, jom sembang pasal suasana restoran pula. Bagi saya, restoran ni memang unik dan ada kelasnya yang tersendiri. Kali pertama cecah kaki ke sini, rasa macam kembali ke zaman 70-80 an pula. Meja pun guna meja kayu dan siap ada basikal tua tergantung di bahagian dalam kedai.

fruit king 4

fruit king 5

Bagi cawangan Taiping, restoran ni terletak berdekatan dengan Al-Ikhsan Kamunting dan bersebelahan Kedai 2 Ringgit. Jadi kalau rasa nak cuba burger saiz stadium ni, boleh ajak family beli barang-barang murah di Kedai 2 Ringgit, kemudian pandai-pandai la pancing ajak makan burger.