Apa khabar semua!!

Minggu ni admin nak review salah satu outlet yang makin femes dalam bisnes makanan ala western.

Memperkenalkan DELI CAFE Kamunting..

  • Lokasi => Jalan ke Kampung Expo. Berdekatan Caltex kamunting. Belakang Lili Kuih Talam. Deretan kedai Wai Tat Enterprise.
  • No. Fon => 017-477 4527 (kalau tak jumpa kedai boleh kontek no ni.. simpan elok-elok naa)

Terlebih dahulu terima kasih banyak-banyak team TZ ucapkan kepada empunya kedai kerana sudi menjemput kami untuk sesi food review pada hujung tahun 2013.

baju tz

* Iklan jap.. untuk tempah baju TZ boleh sms/wassap 013-4155930 (selagi stok masih ada).

Sebelum kami buat food review disini, kami hantar spy dulu untuk test power kedai ni. Lepas dapat respon positif, baru kami sahkan tarikh untuk official food review yang diketuai oleh admin Bro Deen.

Bawah ni admin Bro Deen.. Tampak bergaya dengan tee Taiping Zone. Muka terpaksa crop takut ada likers yang jatuh hati. Hehe.

food review tz

Video pun kami siap ada buat nak bagi nampak gempak lah kononnya. Ada masa nanti kami letak versi video pula ye.

Bagi team TZ, walaupun ruang Deli Cafe agak kecil, tetapi bab makanan memang sempoi. Chicken chop dan meatball Deli Cafe memang cukup terbaik dari segi rasa dan saiz. Setakat ni sebulan sekali memang kitorang tak miss datang makan sini.

chicken chop n meatball

Semasa food review, kami sempat juga menjamah menu khas dari Indonesia iaitu risoles..

 

Alhamdulillah, sekarang ni Deli Cafe sudah punya pelanggan setia yang sentiasa rekemen restoran ni kepada kawan-kawan mereka. Dengar cerita tengah bulan Mac nanti Deli Cafe akan berpindah ke port baru. Kami akan maklumkan lokasi terbaru mereka nanti.
.
.

Selain chicken chop.. makanan yang turut mendapat permintaan dan pujian melangit ialah satu menu baru dari bandung yakni ROTI BAKAR BANDUNG.

Kalau nak tahu roti bakar ni sedap atau tak.. jangan percaya cakap kami.

Tetapi percayalah cakap likers-likers TZ seperti dalam posting di bawah ni.

 

Dari sembang-sembang dengan Kak Ila, owner Deli cafe.. katanya untung untuk roti bakar bandung tabur milo ni tak banyak mana. Sekadar pelaris untuk dapatkan pelanggan baru.

Camni lah yang kita nak.. cari pelaris yang betul. Bukannya bersaing tak tentu hala bagai. Hasilkan produk yang power sampai jadi buah mulut dan insyaallah orang Taiping akan pakat support bisnes anda.
.
.

Selain dari dua atas ni, ada juga spaghetti dan chicken chop cheese dan terbaru ada pizza.

Mula-mula dulu musykil juga admin mana lah depa tahu masak macam-macam ni. Ingatkan belajar dari Google.. rupa-rupanya Kak Ila memang ada cert yang disahkan oleh chef berpengalaman dalam bidang kulinari dan bakeri.

red velvet deli cafe

Patut lah…!!

Puas bodek ni.. nanti dah buka tempat baru jangan lupa belanja chicken chop sepinggan ye. Taknak had yang biasa. Nak yang complete package bercheese siap sekali dengan hotdog dan meatball tu.Nyum nyum nyum…

meatball chicken chop

Awas kepada yang membaca!! Kalau tak cukup lapar tolong jangan order set chicken chop combo 3 in 1 ni. Boleh tertiarap satgi. Series ni… kami dah warning. Apa-apa jadi kami tak bertanggung jawab.

~ Liputan oleh Admin MIE (ajk Pemakanan TZ)

PS: Untuk jemputan food review anda boleh pm inbox TZ atau emel taipingzone@gmail.com