Yezza.. Bertuahnya hari ni dapat pekena capati paling sempoi di Taiping. Perusahaan capati milik Tuan Murthia Ali ini sebenarnya telah diasaskan sejak tahun 1992 lagi. Tetapi dihentikan sementara ketika pertengahan tahun 2000 kerana berpindah ke Penang.

Dan kini capati Murthia Ali telah kembali dan sekali lagi capati ini akan menempa nama di Taiping.

capati 1

Jadi apa yang special pada capati ini?

Kami yakin soalan inilah yang ramai pencinta makanan di Taiping Zone akan tanya.

Pertama sekali capati berlokasi di Pokok Assam ini diperbuat menggunakan tepung atta seratus peratus original yang membuatkan isinya lembut dan berprotein tinggi.

tepung atta

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi capati sebenarnya bagus untuk kesihatan. Tidak seperti roti canai yang mempunyai karbohidrat yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah kegemukan, kandungan protein di dalam capati bagus untuk tumbesaran badan.

Boleh jadi kerana perusahaan ini hanya dijalankan di hadapan rumah, harga capati yang diberi memang agak murah berbanding capati lain di Taiping. Siapa sangka dengan hanya berbekalkan RM1, anda mampu merasai capati yang lembut berserta kuah sardin dan parpu.

capati pokok assam 3

Selain capati, kedai makan Murthia Ali turut mempunyai roti prata pada harga RM1.30. Mula-mula ingatkan roti prata ni macam roti planta. Rupanya bukan.

Adakah roti prata ialah roti canai? Nampak macam roti canai, tapi macam lagi besar dan tebal dari roti canai. Wallahualam.. kalau ada yang tahu boleh tinggal komen.

Tapi apa yang penting, rasa roti-roti ni memang nyum nyum nyum….

Tapi kalau nak lagi best, anda boleh minta ‘add-on’ iaitu kari ayam.

capati 2

Kalau ada pencinta capati di Taiping, kami rekemen kedai makan ini. Serius sedap dan terlebih-lebih berbaloi berbanding harganya. Jangan pandang perusahaan ini sebelah mata hanya kerana tidak mempunyai kedai mereka sendiri.

Cuba dulu baru tau…

* Lokasi: 31 Jalan Pokok Assam (mula beroperasi pada pukul 5 petang)